Cari:
Ukraine Sedia Bincang Tentang Situasi di Timur
2014-07-04 14:50:20 CRI Cetak

Presiden Ukraine, Petro Poroshenko menyatakan pihaknya bersedia mengadakan rundingan bagi menamatkan situasi yang tegang di timur negara itu.

Sementara itu, konflik bersenjata terus berlaku di bandar Sloviansk dan Kramators'k serta beberapa kampung di timur Ukraine. Pertempuran sengit yang berlaku antara tentera kerajaan Ukraine dengan tentera militia di pinggir Sloviansk, menyebabkan beberapa bangunan tinggi kediaman roboh selepas terkena peluru berpandu.

Presiden Poroshenko dalam perbincangan dengan Timbalan Presiden AS, Joseph Biden menerusi telefon semalam berkata, pihaknya bersedia memulihkan gencatan senjata dan mengadakan rundingan bagi meredakan ketegangan di timur negara itu. Namun, beliau turut meletakkan prasyarat dalam hal itu, termasuk gencatan senjata perlu dilaksanakan oleh semua pihak yang berkonflik, semua tebusan harus dibebaskan dan penyeliaan terhadap sempadan Ukraine dan Rusia dijalankan di bawah pantauan Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama Eropah.

Biden berkata, AS bersetuju dan menyokong usaha Poroshenko dalam usaha memulihkan situasi di Ukraine.

  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China