Cari:
Media AS, Rusia Kritik Jepun Batal Larangan Guna Hak Pertahanan Diri Kolektif
2014-07-04 12:44:39 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Media AS dan Rusia mengkritik resolusi kerajaan Jepun untuk meminda tafsiran perlembagaan yang membolehkan larangan penggunaan hak pertahanan diri kolektif dibatalkan pada 1 Julai lepas dan menyifatkan tindakan itu akan memburukkan ketegangan di rantau ini.

Akhbar New York Times AS dalam rencana yang diterbitkan semalam berkata, tindakan Perdana Menteri, Shinzo Abe yang mengubah misi tentera Jepun akan menyebabkan kesan yang buruk. China dan Republik Korea (RoK) yang pernah mengalami penderitaan akibat pencerobohan Jepun akan mengekalkan kesiagaan terhadap tindakan Abe itu.

Laman sesawang The Voice of Russia dalam rencana terbitannya pula berkata, tindakan Abe itu yang membolehkan Jepun buat pertama kali dapat mengambil tindakan ketenteraan tanpa diserang selepas Perang Dunia II, bakal meruncingkan ketegangan di rantau berkenaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China