Cari:
China Saran Dialog antara Budaya dan Agama yang Berbeza
2014-07-05 16:14:32 CRI Cetak

Mesyuarat peringkat tinggi mengenai dialog antara budaya dan agama yang berbeza Persidangan Asia-Eropah diadakan di St.Petersburg, Rusia pada 3 dan 4 Julai lalu. Ketua delegasi China, Chen Shiqiu ketika berucap dalam mesyuarat itu berkata, China mengesyorkan dialog dijalankan antara budaya dan agama yang berbeza demi memelihara kestabilan dan pembangunan Asia-Eropah.

Chen berkata, faktor tidak menentu yang menjejaskan keamanan dan kestabilan dunia semakin bertambah berikutan perubahan mendalam lagi rumit yang berlaku dalam situasi antarabangsa. China menyarankan supaya menghormati kepelbagaian kaum, agama dan tamadun, selain menyokong kewujudan bersama secara harmoni antara pelbagai kaum di Asia dan Eropah.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China