Cari:
Ekonomi Agenda Utama Lawatan Merkel ke China
2014-07-06 13:55:37 CRI Cetak
Canselor Jerman, Angela Merkel dijadualkan mengadakan lawatan rasmi ke China pada 6 hingga 8 Julai ini. Pakar dan media Jerman berpendapat, lawatan Merkel ini bertujuan mengekalkan kedinamikan dalam hubungan Jerman-China pada masa ini, dan isu ekonomi akan menjadi agenda utama dalam lawatan tersebut.

Ulasan dalam lawan sesawang Deutsche Welle menyebut, peranan China dalam ekonomi Jerman amat penting. Selain AS, Jerman tidak pernah mengekalkan hubungan ekonomi yang begitu erat dengan mana-mana negara lain di luar Eropah. Pembangunan pesat ekonomi China menguntungkan perusahaan Jerman, khususnya industri automotif dan pembuatan mesin.

Pengarah pengasas kumpulan pemikir Jerman, Institut Kajian China Mercator (MERICS), Sebastian Heilman berkata, hubungan ekonomi Jerman-China berkembang pesat disebabkan kedua-dua negara mempunyai ekonomi yang saling melengkapi.

Selain itu, media antarabangsa juga memberi tumpuan kepada pertukaran pendapat pemimpin kedua-dua negara tentang isu-isu penting antarabangsa dan serantau. Dalam pada itu, media Jerman berpendapat, kini, China memainkan peranan yang penting dalam urusan antarabangsa. Seiring dengan perubahan pola politik antarabangsa, isu keselamatan menjadi semakin penting dalam hubungan Jerman dengan China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China