Cari:
Penjenayah Perang Jepun Mengaku Tubuhkan Pusat Hamba Seks
2014-07-08 16:42:24 CRI Cetak

Ketua Pengarah Pusat Pengajian "Hamba Seks" China, Su Zhiliang hari ini menerbitkan karangan bahawa China telah menyerahkan Catatan Pembunuhan Besar-Besaran Nanjing dan Catatan Hamba Seks Jepun kepada Sekretariat Warisan Kenangan Dunia UNESCO pada bulan Mac lalu. Catatan Hamba Seks Jepun itu melibatkan pengakuan empat orang penjenayah perang Jepun, yang telah menjelaskan secara terperinci bahawa Jepun menubuhkan pusat hamba seks, menipu dan memaksa wanita menjadi hamba seks, merogol wanita serta jenayah-jenayah lain.

Menurut karangan tersebut, semua pengakuan ini disahkan, ditandatangani atau ditulis sendiri oleh penjenayah itu, dan boleh menyangkal mana-mana pihak yang cuba menghalang permohonan untuk mewartakannya sebagai Warisan Kenangan Dunia. Catatan asal ini perlu dipelihara sebagai warisan budaya dunia supaya generasi akan datang dapat mengetahui dan mengambil iktibar.

Su Zhiliang juga menulis bahawa pihaknya menumpukan usaha menyelidik sejarah hamba seks yang tragis, namun menemui banyak kesukaran akibat kurangnya bahan sejarah yang penting. Ini disebabkan Jepun telah memusnahkan kebanyakan catatan asal tentang pencerobohannya di China ketika kalah dalam peperangan. Dalam tempoh 20 tahun yang lalu, pihaknya telah menjalankan penyelidikan mengenai sejarah sistem hamba seks Jepun, dan berjaya memperoleh keterangan lisan daripada lebih seratus wanita yang pernah dipaksa Jepun menjadi hamba seks. Kini, terdapat 23 orang bekas hamba seks yang masih hidup di Hainan, Guangxi, Shanxi, Heilongjiang, Hubei dan lain-lain tempat di China.

Penerbitan pengakuan empat orang penjenayah perang Jepun baru-baru ini merupakan "bukti asli daripada pihak yang melakukan jenayah" yang berwibawa. Pengakuan tersebut, berserta "rekod keterangan mangsa" dan "kenangan pihak penjenayah", membuktikan dengan jelas dan objektif hakikat bahawa tentera Jepun mencerobohi China dan memaksa wanita menjadi hamba seks.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China