Cari:
Masyarakat Antarabangsa Beri Tumpuan Aktiviti Ulang Tahun Perang China Tentang Pencerobohan Jepun
2014-07-08 15:18:41 CRI Cetak

Pelbagai aktiviti sempena ulang tahun ke-77 perang China menentang pencerobohan Jepun telah diadakan di China. Beberapa pakar dan sarjana asing menyatakan bahawa langkah China mengadakan majlis secara besar-besaran untuk memperingati hari tercetusnya perang itu mempunyai erti yang amat penting. Seluruh dunia perlu mengambil sikap berjaga-jaga terhadap kekuatan sayap kanan Jepun dan menentang militeris Jepun yang cuba berkembang semula.

Dr. Pierre Picard, pakar Isu China Perancis, menyatakan bahawa dosa penjenayah perang pencerobohan Jepun telah menyebabkan kesengsaraan yang tidak dapat dilupakan kepada rakyat China. China mengadakan aktiviti memperingati secara besar-besaran itu adalah untuk memperingati mereka yang terkorban, melihat sejarah dengan betul, serta berjaga-jaga terhadap masa depan dan mewujudkan kedamaian. Namun, tindakan kerajaan Jepun baru-baru ini membatalkan larangan hak pertahanan kolektif, serta memberi penghormatan yang tinggi kepada beberapa penjenayah perang menggambarkan kerajaan Jepun tidak mengakui sejarah pencerobohannya.

Penolong Ketua Editor Akhbar Oriental Daily Malaysia, Huang Jincheng menyatakan, tindakan kerajaan Shinzo Abe meluluskan pelaksanaan hak pertahanan kolektif pada 1 Julai lalu, menimbulkan kebimbangan rakyat dan negara yang pernah mengalami pencerobohan Jepun termasuk Malaysia. Langkah China mengadakan aktiviti tersebut pada saat ini amat penting dan tepat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China