Cari:
Dialog Strategik dan Ekonomi China-AS di Beijing
2014-07-09 11:51:38 CRI Cetak

Dialog Strategik dan Ekonomi ke-6 dan Rundingan Peringkat Tinggi Interaksi Sosiobudaya ke-5 China-AS dirasmikan di Beijing pagi tadi. Presiden China, Xi Jinping menyampaikan ucapan dalam majlis perasmian.

Dalam dialog strategik tersebut, kedua-dua pihak akan bertukar-tukar pandangan mengenai hubungan China-AS, dasar dalam dan luar negara masing-masing, isu dua hala yang sensitif, interaksi kedua-dua negara di rantau Asia Pasifik, isu serantau dan dunia yang menjadi tumpuan dan cabaran dunia. Dialog ekonomi yang bertemakan "Menggalakkan Hubungan Rakan Ekonomi China-AS yang Saling Menghormati dan Menguntungkan" bakal menyaksikan kedua-dua pihak mengadakan rundingan berkisar tiga topik, iaitu ekonomi makro dan penyusunan semula struktur, mempergiat kerjasama perdagangan dan pelaburan, pembaharuan sektor kewangan dan keterbukaan dan kerjasama penyeliaan transnasional.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China