Operasi Perlindungan Mata Pisau (Operation Protective Edge) tentera Israel yang memasuki hari kedua semalam, dikritik oleh Presiden Palestin, Mahmoud Abbas sebagai tindakan perang terhadap seluruh rakyat Palestin.
Mahmoud Abbas mengadakan mesyuarat tergempar dengan pemimpin-pemimpin Palestin semalam untuk membincangkan kesan tindakan tentera Israel terhadap hubungan kedua-dua negara. Beliau berharap masyarakat antarabangsa memberikan tekanan kepada Israel agar tindakan ketenteraan itu dihentikan secepat mungkin.
Orang Palestin Membantah Operasi Tentera Israel di Gaza
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengeluarkan kenyataan yang menyatakan bahawa operasi tentera Israel itu akan memperhebat serangan terhadap Hamas dan kumpulan militan yang lain di Gaza.
Pada hari yang sama, Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon menyatakan bahawa konflik ketenteraan baharu antara Palestin dan Israel membuat rantau itu menghadapi ujian yang paling serius pada tempoh beberapa tahun yang lalu. Beliau menyeru pelbagai pihak berkenaan bekerjasama supaya isu Palestin-Israel diselesaikan secara politik.