Cari:
RoK Larang Jepun Laksana Hak Pertahanan Kolektif di Kawasan Tertentu Semenanjung Korea
2014-07-10 14:07:42 CRI Cetak

Pegawai kanan kerajaan Republik Korea (RoK) menyatakan semalam bahawa RoK tidak mengizinkan Jepun melaksanakan hak pertahanan kolektif di kawasan perang yang ditetapkan bersama RoK dan AS tanpa permintaan RoK walaupun berlaku kecemasan di Semenanjung Korea.

Kawasan perang bersama RoK dan AS tersebut meliputi kawasan darat, laut dan udara di sekitar Semenanjung Korea yang ditetapkan tentera persekutuan Rok dan AS ketika keadaan kecemasan berlaku untuk mencegah serangan ketenteraan Republik Rakyat Demokratik Korea. Agensi Berita Yonhap memetik kenyataan sumber melaporkan bahawa pihak AS dan Jepun jelas memahami pendirian RoK itu.

Sebelum ini, RoK pernah berulang kali menegaskan bahawa dalam isu yang menjejaskan keselamatan Semenanjung Korea dan kepentingan negara RoK, Jepun dilarang melaksanakan hak itu di Semenanjung Korea tanpa izin RoK.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China