Presiden Rusia, Vladimir Putin dan Canselor Jerman, Angela Merkel semalam di Brazil menyatakan bahawa perundingan kumpulan perhubungan tiga pihak yang terdiri daripada wakil-wakil Ukraine, Rusia dan Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama di Eropah (OSCE) perlu segera dipulihkan berikutan situasi di Ukraine semakin meruncing.
Kedua-dua pemimpin itu juga menganggap, pihak-pihak yang bertempur di Ukraine harus mengadakan gencatan senjata secepat mungkin dan membebaskan tebusan.
Sebelum ini, Menteri Luar Jerman, Frank-Walter Steinmeier mendedahkan, kumpulan perhubungan itu sudah mengadakan pertemuan di Kiev pada 6 Julai lalu. Namun, perundingan tersebut mengalami kebuntuan.