Menurut laporan ABC, sepasang pengantin baharu Australia terlepas daripada tregedi pesawat MH17 yang terhempas pada 17 Julai lalu. Pasangan pengantin baharu itu baru menyelesaikan bulan madu mereka di Eropah dan akan pulang ke tanah air. Mereka menukar penerbangan sehari lebih awal untuk menyesuaikan diri dengan perbezaan waktu.
Selepas tiba di lapangan terbang Adelaide, Australia pada pagi 17 Julai waktu tempatan, mereka mendapat tahu berita tentang pesawat MH17 terhempas dan kesemua penumpang dan krew terkorban.
Si isteri itu berkata, mereka telah menempah penerbangan MH17 yang terhempas itu, disebabkan bimbang akan tidak sesuai dengan perbezaan waktu, mereka memutuskan untuk pulang sehari lebih awal.