Cari:
Rundingan TTIP Selesai
2014-07-19 14:25:08 CRI Cetak

Rundingan pusingan keenam mengenai Perjanjian Perkongsian Perdagangan dan Pelaburan Trans-Atlantik (TTIP) antara Kesatuan Eropah (EU) dengan Amerika Syarikat (AS) yang berlangsung selama lima hari berakhir semalam.

Kedua-dua pihak komited kepada ketelusan rundingan yang melibatkan isu-isu termasuk tarif, pelaburan dan perkhidmatan, pembelian kerajaan, pengurangan perbezaan penyeliaan, perlindungan alam sekitar dan hak pekerja.

Ketua Perunding EU, Ignacio Garcia Bercero berkata, rundingan yang bersifat teknikal itu meletakkan asas bagi mencapai resolusi politik pada peringkat lewat. Pihak-pihak berkenaan setuju memperluas akses pasaran dalam bidang tarif, perkhidmatan dan pembelian kerajaan, sementara meningkatkan kawal selia terhadap sembilan sektor termasuk perubatan, automobil, bahan kimia dan lain-lain.

Dalam pada itu, Ketua Perunding AS, Dan Mullaney memaklumkan, mereka sedang membincangkan butir-butir dokumen berkenaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China