Cari:
Tragedi MH17 Perlu Siasat Adil dan Objektif
2014-07-21 14:54:04 CRI Cetak

Menteri-menteri Luar ASEAN dalam kenyataan bersama mengenai pesawat MH17 yang terhempas menyeru supaya siasatan berkenaan diadakan secara menyeluruh, bebas dan telus. Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Najib Tun Razak berkata semalam, beliau telah meminta Presiden Ukraine, Petro Poroshenko supaya menyiasat insiden itu secara menyeluruh.

Sebuah pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 Boeing 777-200 terhempas di timur Ukraine yang bersempadan dengan Rusia pada 17 Julai lalu. Kesemua 283 penumpang dan 15 anak kapal disahkan terkorban dalam tragedi kali ini. Setakat ini, siasatan tentang insiden itu sedang dijalankan, namun belum mencapai kemajuan yang memuaskan.

Tragedi pesawat MH17 menarik perhatian seluruh dunia ekoran situasi semasa Ukraine yang rumit dan sensitif. Oleh sebab itu, siasatan yang adil dan objektif menjadi sangat penting. Najib berkata, punca tragedi itu masih belum diketahui pada masa ini, tetapi siasatan akan diadakan dengan sedaya upaya. Beliau juga menuntut pelbagai pihak jangan mengganggu dan merosakkan bukti-bukti di tempat kejadian supaya kerja siasatan boleh dijalankan secara telus dan efisien. Manakala, kotak hitam mesti diuruskan mengikut peraturan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO), dan Malaysia merupakan pemilik kotak hitam itu.

Kerja siasatan mengenai pesawat MH17 bertambah mencabar disebabkan perlunya koordinasi pelbagai pihak antarabangsa, situasi tempatan yang rumit dan kawasan kejadian yang agak luas. Menurut jurucakap Agensi Keselamatan Penerbangan Eropah (EASA), kerja siasatan mungkin akan memakan masa beberapa bulan bahkan lebih setahun. Dalam tempoh tersebut, pelbagai pihak dinasihati supaya mengawal perasaan. Siasatan yang adil dan objektif merupakan satu-satunya cara untuk mencari kebenaran.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China