Cari:
Wang Yi: Resolusi UNSC Patut Dilaksanakan Menyeluruh
2014-07-22 15:09:20 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Menteri Luar China, Wang Yi menyatakan semalam, resolusi yang diluluskan oleh Majlis Keselamatan PBB (UNSC) tentang tragedi MH17 patut dijalankan secara menyeluruh.

Beliau yang mengiringi Presiden Xi Jinping dalam lawatan rasmi ke Venezuela berkata, Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) patut memainkan peranan yang penting dalam siasatan nahas itu. Beliau turut menggesa pelbagai pihak jangan membuat spekulasi atau tuduhan yang tidak berasas.

Jurucakap Kementerian Luar China, Hong Lei hari ini berkata, beliau yakin resolusi Majlis Keselamatan tersebut dapat dijalankan secara menyeluruh. Beliau juga menyeru pelbagai pihak yang terlibat supaya memberikan sokongan dan kerjasama dalam siasatan berkenaan

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China