Cari:
China: ICAO Harus berperanan Utama
2014-07-22 15:23:36 CRI Cetak

Wakil Tetap China ke PBB, Liu Jieyi berkata semalam, China menyokong siasatan yang bebas, adil dan objektif terhadap tragedi MH17. Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) patut memainkan peranan utama dalam siasatan itu.

Mengulas kenyataan Majlis Keselamatan PBB yang mengecam nahas MH17, beliau berkata, keutamaan kerja kini adalah mengenal pasti punca sebenar nahas. Pelbagai pihak patut mengelakkan untuk membuat spekulasi, atau saling mengutuk. Beliau yakin semua tindakan Majlis Keselamatan PBB dapat menggalakkan siasatan berkenaan mencapai kemajuan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China