Cari:
Kotak Hitam MH17 Diserahkan Kepada Malaysia
2014-07-22 15:59:41 CRI Cetak

Pemimpin kumpulan militan di timur Ukraine, Perdana Menteri "Republik Rakyat Donetsk", Alexander Borodai menyerahkan kotak hitam MH17 kepada pihak Malaysia awal pagi tadi.

Beliau berkata, menurut memorandum antara kedua-dua pihak, kotak hitam itu kemudian akan diserahkan kepada pakar dari Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).

Dalam sidang media yang diadakan awal pagi tadi, Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Razak berkata, beliau mencapai persepakatan dengan Alexander Borodai dalam tiga aspek, termasuk kumpulan militan tempatan menyerahkan dua kotak hitam kepada kumpulan kerja Malaysia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China