Perdana Menteri Britain, David Cameron‎ semalam menyatakan bahawa kerajaannya bersetuju menerima permohonan dari kerajaan Belanda supaya kotak hitam MH17 dikaji oleh Biro Penyiasatan Nahas Udara Britain demi mengenalpasti punca kemalangan.
Pada hari yang sama, kereta api yang membawa mayat mangsa MH17 tiba di Kharkiv, Ukraine. Kerja-kerja pengenalpastian identiti awal akan dilaksanakan di sana. Selepas itu, mayat-mayat itu akan dibawa ke satu pangkalan tentera Belanda.
Timbalan Perdana Menteri Ukraine, Volodymyr Groysman mendedahkan bahawa kotak hitam MH17 turut dibawa ke Kharkiv dengan kereta api tersebut.