Cari:
Seniy Yatseniuk Letak Jawatan PM Ukraine
2014-07-25 15:16:46 CRI Cetak

Perdana Menteri Ukraine, Seniy Yatseniuk mengemukakan peletakan jawatan kepada Parlimen negara itu dan membantah pembubaran perikatan pemerintah.

Ketika menyampaikan ucapan dalam Parlimen semalam, beliau berkata, selepas pembubaran perikatan pemerintah semasa, PM perlu meletakkan jawatan atau parlimen membentuk kerajaan yang baharu. Beliau tidak mahu perikatan pemerintah ditubuhkan oleh ahli Parti Komunis Ukraine dan ahli Parti Rantau Ukraine.

Menurut Yatseniuk, beliau meletakkan jawatan berikutan satu rang undang-undang sumber tenaga yang membenarkan AS dan Eropah melaksanakan pengubahsuaian terhadap sistem pengangkutan saluran paip gas asli di Ukraine gagal diluluskan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China