Cari:
Malaysia: Ukraine Mesti Tanggungjawab Atas Nahas MH17
2014-07-28 17:03:42 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Menurut laporan akhbar Lianhe Zaobao Singapura, kerajaan Malaysia baru-baru ini berkata, kerajaan Ukraine yang membenarkan pesawat MH17 melintasi ruang udara negara itu, mesti bertanggungjawab atas nahas berkenaan.

Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam satu wawancara eksklusif berkata, Menara Kawalan Trafik Udara (ATC) Ukraine membenarkan pesawat MH17 melintasi ruang udara negara itu, yang menyebabkan pesawat tersebut ditembak jatuh. Jika ruang udaranya tidak selamat, kerajaan Ukraine mesti memaklumkan Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS).

Berhubung laporan media A.S. bahawa kumpulan bersenjata Ukraine mengaku menembak jatuh pesawat MH17, Liow berkata, kerajaan Malaysia tidak akan memberi komen sebelum maklumat berkenaan disahkan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China