Cari:
Persidangan Antarabangsa Anggur di Yanqing Beijing
2014-07-30 12:33:39 CRI Cetak

Persidangan Antarabangsa Mengenai Pembiakan dan Genetik Pokok Anggur yang digelarkan sebagai "Olimpik Sektor Penanaman Anggur" telah dirasmikan di Yanqing, Beijing semalam.

Persidangan yang diadakan empat tahun sekali itu telah dianjurkan 10 kali di Jerman, Perancis, AS dan beberapa negara yang lain. Persidangan tahun ini merupakan yang pertama diadakan di Asia sejak persidangan itu mulai diadakan pada tahun 1973.

Lebih 350 orang pakar dari 34 buah negara dan kawasan akan bertukar-tukar hasil penyelidikan terkini dalam persidangan kali ini. Selain itu, wakil-wakil daripada kira-kira 300 ladang anggur dari 22 buah negara serta 200 ladang anggur dan syarikat wain dari China dengan membawa 1041 jenis anggur akan mengambil bahagian dalam ekspo wain yang diadakan pada masa yang sama.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China