Cari:
China, Australia Bincang Insiden MH17
2014-07-30 14:38:56 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Menteri Luar China, Wang Yi semalam mengadakan perbincangan menerusi telefon dengan rakan sejawatnya dari Australia, Julie Bishop tentang nahas pesawat MH17.

Wang yang sekali lagi menyatakan simpati kepada keluarga mangsa, menyifatkan nahas itu sebagai insiden tragik. Beliau menggesa pihak-pihak terlibat melaksanakan sepenuhnya Resolusi 2166 Majlis Keselamatan PBB, dan memastikan kumpulan penyiasat antarabangsa mendapat akses segera ke lokasi nahas.

China turut menggesa pihak-pihak yang berkonflik di Ukraine melakukan gencatan senjata dengan segera bagi menjamin kelancaran siasatan berkenaan.

Bishop berkata, Australia menyokong siasatan antarabangsa yang bebas dalam insiden itu, dan akan bekerjasama dengan semua pihak untuk menggalakkan pelaksanaan Resolusi 2166.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China