Presiden Suruhanjaya Eropah, Jose Manuel Barroso dan Presiden Majlis Eropah, Herman Van Rompuy bersetuju mengenakan siri sekatan baharu terhadap Rusia yang melibatkan bidang kewangan, ketenteraan dan petroleum.
Menurut kenyataan bersama semalam, antara sekatan baharu itu termasuk mengehadkan kemasukan institusi kewangan milik kerajaan Rusia ke pasaran kewangan Kesatuan Eropah, melarang pengangkutan senjata ke Rusia dan mengehadkan akses Rusia kepada teknologi sensitif, terutamanya teknologi dalam industri petroleum.
Kenyataan itu juga berbunyi bahawa sekiranya Rusia mula bertindak mencari penyelesaian bagi krisis Ukraine, EU akan menarik balik sekatan tersebut dan bersedia mengadakan rundingan dengan Rusia.