Cari:
Pembaharuan Sistem Perintah Operasi Bersama Bercirikan China
2014-08-01 14:46:28 CRI Cetak

Pasukan tentera China menjalankan eksplorasi yang aktif dalam aspek penubuhan sistem perintah operasi bersama, dan akan menerokai pembaharuan sistem berkenaan bercirikan China. Demikian kata jurucakap Kementerian Pertahanan China, Geng Yansheng ketika mengulas laporan media mengenai rancangan China menubuhkan Pusat Perintah Operasi Bersama Laut China Timur.

Tambah beliau, penubuhan sistem tersebut merupakan keperluan operasi bersama yang tidak dapat dielakkan dalam konteks pemerkasaan tahap teknologi maklumat. Pihak tentera akan menerokai pembaharuan sistem perintah operasi bersama yang bercirikan China berasaskan penyelidikan menyeluruh, mengikut keputusan Sidang Pleno ke-3 Jawatankuasa Pusat ke-18 Parti Komunis China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China