Empat orang anggota penyiasat dari Belanda dan Australia tiba di lokasi MH17 terhempas di timur Ukraine pada 31 Julai.
Dalam pada itu, pertempuran sengit masih berlaku antara tentera kerajaan Ukraine dengan kumpulan militan di kawasan berhampiran lokasi nahas.
Pertempuran yang masih berlarutan menyebabkan anggota penyiasat antarabangsa tidak dapat memasuki lokasi berkenaan.
Menurut sebuah lagi laporan, Parlimen Ukraine semalam bersetuju Belanda dan Australia mengerahkan pasukan yang terdiri daripada kira-kira 950 orang termasuk anggota bersenjata untuk melindungi lokasi nahas.