Tindakan AS meningkatkan sekatan terhadap Rusia akan menjejaskan kerjasama dua hala serta kestabilan antarabangsa.
Presiden Rusia, Vladimir Putin menyatakan demikian ketika menghubungi rakan sejawatnya dari AS, Barack Obama menerusi telefon semalam.
Kremlin dalam satu kenyataan berkata, kedua-dua pemimpin bersetuju keadaan semasa hubungan Rusia-AS tidak bersesuaian dengan kepentingan kedua-dua negara. Dalam konteks ini, mereka telah membincangan prospek dialog bilateral.
Kenyataan itu menyebut, Putin dan Obama bertukar-tukar pendapat mengenai krisis Ukraine. Walaupun masih wujud perselisihan pendapat yang besar dalam beberapa isu utama, namun kedua-dua pihak menegaskan, usaha untuk menghentikan segera pertempuran di tenggara Ukraine dan memulakan proses politik patut diberikan perhatian yang paling utama.