Sebuah kampung di negeri Maharashtra, barat India dilanda banjir lumpur pada penghujung Julai lalu. Setakat petang semalam, bencana itu telah menyebabkan 76 orang terkorban, antaranya 37 orang wanita dan 10 orang kanak-kanak. 130 orang lagi dipercayai masih terperangkat dalam runtuhan bangunan.
Bencana itu mencatat bencana banjir lumpur paling teruk yang melanda negeri India itu dalam sejarah.