Menurut kerajaan dan sumber tentera Iraq semalam, pertubuhan pelampau Negara Islam Iraq dan Levant telah menawan pekan Sinjar dan Zumar di provinsi Ninevehdin, utara Iraq daripada angkatan Kuld.
Seorang ketua tentera provinsi Ninevehdin menyatakan, pemberontak tersebut telah menduduki pekan Sinjar selepas pertempuran sengit dengan tentera Kuld yang menguasai pekan itu pada pagi semalam. Beberapa ribu penduduk tempatan terpaksa melarikan diri ke bukit Sinjar dan bandar Zakho. Pertubuhan pelampau itu bukan sahaja merampas beberapa medan minyak kecil di pekan tersebut tetapi juga menguasai paip minyak di antara Iran dengan Turki.
Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon mengeluarkan kenyataan melalui jurucakapnya yang menyatakan terkejut terhadap serangan pertubuhan pelampau tersebut yang mengakibatkan kira-kira 200 ribu penduduk tempatan terpaksa meninggalkan kampung halaman.