Tentera Israel pagi tadi mengumumkan untuk mengadakan gencatan senjata kemanusiaan di kebanyakan kawasan di Gaza pada pukul 7.00 hingga 14.00 petang hari ini.
Menurut pengumuman itu, kecuali di sebelah timur Rafah, iaitu kawasan yang masih berlaku pertempuran di antara Israel dengan Palestin, tentera Israel akan mewujudkan gencatan senjata di kawasan yang lain di Gaza. Namun, pengumuman itu menegaskan bahawa jika gencatan senjata itu dicabul dalam tempoh masa tersebut, tentera Israel akan membalas dengan tembakan meriam.
Pengumuman itu segera menimbulkan kecurigaan Hamas. Jurucakap Hamas, Sami Abu Zuhri mengeluarkan kenyataan bahawa tujuan gencatan senjata Israel tersebut adalah untuk mengalihkan tumpuan masyarakat terhadap pembunuhan Israel. Hamas tidak mempercayai gencatan senjata itu dan menyeru rakyatnya bersiap sedia.
Pegawai Jabatan Kesihatan Palestin di Gaza semalam membuktikan bahawa tentera Israel telah melancarkan serangan udara terhadap sebuah sekolah PBB di Rafah, mengakibatkan sekurang-kurangnya 10 orang Palestin mati dan 30 lagi cedera. Selain itu, sejak pagi semalam, 54 orang Palestin lagi maut dalam tembakan meriam tentera Israel.