Cari:
RoK Bantah Tuntutan Jepun Terhadap Kedaulatan Pulau Dokdo
2014-08-06 14:49:11 CRI Cetak

Kementerian Luar Republik Korea (RoK) semalam mengeluarkan kenyataan yang membantah tuntutan Jepun terhadap kedaulatan Pulau Dokdo (atau Pulau Takeshima menurut Jepun) dalam "Kertas Putih Pertahanan 2014". Pada hari yang sama, Kementerian Pertahanan RoK juga menegaskan pendirian bahawa tentera RoK bersedia menghadapi sebarang cubaan yang menuntut kedaulatan Pulau Dokdo.

Menurut kenyataan tersebut, berdasarkan fakta sejarah, geografi dan undang-undang antarabangsa, Pulau Dokdo merupakan wilayah RoK. Jepun merampas pulau tersebut ketika menceroboh Semenanjung Korea dan terus mendakwa mempunyai kedaulatan terhadap pulau tersebut. Jepun dianggap tidak mengambil iktibar daripada sejarah pencerobohannya.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China