Cari:
PBB Seru Palestin dengan Israel Wujud Gencatan Senjata Muktamad
2014-08-07 12:25:29 CRI Cetak

Perhimpunan Agung PBB ke-68 mengadakan sidang pleno tidak rasmi semalam mengenai situasi di Semenanjung Gaza. Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon dan pegawai PBB lain menyeru agar Palestin dan Israel menyelesaikan pertentangan dan konflik, selain berusaha mewujudkan gencatan senjata yang muktamad di semenanjung itu.

Wakil tetap China ke PBB, Liu Jieyi menyeru Palestin dan Israel menyahut seruan damai masyarakat antarabangsa dan mencapai perjanjian gencatan senjata kekal secepat mungkin. Pada hari yang sama, Menteri Luar Turki, Ahmet Davutoğlu menyatakan Turki akan memberikan bantuan kemanusiaan kepada Gaza serta menerima ribuan orang Palestin yang cedera untuk dirawat di negaranya.

Ban Ki-moon dalam mesyuarat tersebut menyatakan Palestin dan Israel membayar kesukaran yang di luar jangkaan gencatan senjata sekarang. Tugas mendesak pada masa ini adalah menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza dan membangunkan semula kawasan itu. Beliau menyeru pelbagai pihak menyahut seruan masyarakat antarabangsa, dan kembali ke meja rundingan untuk menyelesaikan konfik kedua-dua negara itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China