Cari:
Putin Tandatangan Dekri Larangan Import Produk
2014-08-07 14:06:03 CRI Cetak

Presiden Rusia, Viladimir Putin semalam menandatangani dekri larangan import produk bagi menghadapi sekatan negara Barat.

Menurut laman sesawang Presiden Rusia, dekri tersebut melarang atau menyekat pengimportan hasil pertanian, bahan mentah dan makanan dari negara yang melaksanakan sekatan terhadap Rusia demi memelihara kepentingan rakyat Rusia. Putin menggesa kerajaan pusat bekerjasama dengan kerajaan tempatan memantau produk di pasaran serta menggubal langkah berkenaan untuk meningkatkan bahagian pasaran produk negara sendiri.

Pada malam hari yang sama, Putin berhubung dengan Canselor Jerman Angela Merkel melalui telefon untuk bertukar-tukar pendapat mengenai situasi Ukraine. Putin menyatakan bahawa pertempuran yang sengit di kawasan tenggara Ukraine masih berterusan dan mengakibatkan kematian dan kecederaan yang ramai serta krisis kemanusiaan. Pihak berkuasa Ukraine perlu bertanggungjawab atas situasi di negara itu sekarang. Beliau menegaskan, kerajaan Ukraine harus mengadakan dialog politik dengan wakil kawasan tenggara Ukraine.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China