Cari:
Iraq Lantik Perdana Menteri Baharu
2014-08-12 15:27:22 CRI Cetak

Presiden Iraq, Fuad Masoum melantik Haidar al-Abadi, calon dari "Liga Kebangsaan", iaitu fraksi Syiah dalam Kongres Kebangsaan sebagai perdana menteri baharu negara itu semalam, sekali gus memberi kuasa kepadanya untuk membentuk kabinet baharu.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon dalam kenyataan berkata, beliau mengalu-alukan kemajuan Iraq dalam membentuk kerajaan baharu dan merayu pelbagai parti di negara itu supaya bertenang dan menghormati progres politik di bawah Perlembagaan.

Presiden AS, Barack Obama juga menunjukkan sokongannya terhadap Haidar dan mengharapkan perdana menteri baharu itu membentuk kerajaan baharu yang bersifat inklusif dengan secepat mungkin.

Walau bagaimanapun, bekas Perdana Menteri, Nuri al-Maliki dan beberapa anggota dari Parti Dawa Islam yang enggan menerima pelantikan itu dalam pengumuman bersama menerusi siaran TV malam tadi mendakwa, Haidar hanya mewakili dirinya, bukan mewakili Perikatan Negeri Undang-undang (SLA) yang diketuai Parti Dawa Islam. Mereka mempunyai hak mendakwa sesiapa yang melanggar Perlembagaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China