Cari:
Masyarakat Antarabangsa Digesa Hulur Bantuan kepada Gaza
2014-08-12 15:37:56 CRI Cetak

Ketua perunding Palestin, Saeb Erekat meminta Liga Negara-negara Arab (AL) agar menggesa Amerika Syarikat (AS), Kesatuan Eropah (EU), Rusia dan China supaya menyalurkan bantuan kepada Genting Gaza dan membina koridor kemanusiaan di laut, darat dan udara untuk memudahkan barang bantuan termasuk bahan api dan barang makanan dihantar kepada rakyat kawasan Gaza dalam tempoh tujuh hingga sepuluh hari.

Beliau berkata demikian dalam satu mesyuarat tergempar di AL semalam.

Menurutnya, Palestin akan mendukung perjanjian gencatan senjata 72 jam yang dicapai dengan Israel pada 10 Ogos lalu. Erekat berharap Mesir dapat terus menjadi orang tengah dalam usaha membantu mewujudkan gencatan senjata jangka panjang di Genting Gaza.

Sementera itu, media Turki melaporkan, empat warga Palestin yang tercedera dalam serangan Israel diterbangkan ke Ankara semalam untuk mendapat rawatan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China