Cari:
AS, Kanada, Jerman Bantu Iraq Banteras ISIS
2014-08-13 15:42:31 CRI Cetak

Perdana Menteri Kanada, Stephen Harper semalam menghubungi Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama untuk menyelaraskan pendirian mereka dalam krisis Iraq serta isu tentera AS melancarkan serangan udara terhadap kumpulan pelampau bersenjata Negeri Islam Iraq dan Syria (ISIS) di utara Iraq.

Rumah Putih dalam kenyataan semalam berkata, pemimpin kedua-dua negara itu bertukar-tukar pendapat tentang krisis kemanusiaan yang semakin buruk di Iraq.

Sementara itu, pejabat PM Stephen Harper menyatakan, pemimpin tersebut membincangkan perkembangan situasi di Iraq dan menekankan pentingnya untuk memberi sokongan kepada rakyat di negara itu dan menyalurkan bantuan kemanusiaan.

Harper turut menyokong serangan udara yang dilancarkan oleh tentera AS terhadap ISIS.

Dalam pada itu, Menteri Pertahanan Jerman, Ursula von der Leyen menyatakan, pihaknya mempertimbangkan bantuan kelengkapan ketenteraan yang tidak membawa maut kepada kerajaan Iraq dalam operasi membanteras ISIS.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China