Cari:
Iran, Arab Saudi Sokong PM Baharu Iraq
2014-08-13 15:44:57 CRI Cetak

Iran dan Arab Saudi mengalu-alukan pelantikan Haidar al-Abadi, calon parti Liga Kebangsaan, iaitu fraksi Syiah dalam Kongres Kebangsaan sebagai perdana menteri baharu Iraq.

Setiausaha Suruhanjaya Keselamatan Kebangsaan Tertinggi Iran, Ali Shamkhani mengucapkan tahniah kepada Haidar yang dilantik sebagai PM baharu. Beliau merayu kepada pelbagai pihak di Iraq supaya bersatu padu bagi menghadapi ancaman luar.

Dalam pada itu, Raja Arab Saudi, Abdullah bin Abdul-Aziz mengutus kawat tahniah kepada Haidar yang menggantikan Nuri al-Maliki menjadi perdana menteri baharu. Baginda berharap pelbagai puak dan kaum di Iraq dapat bersatu padu bagi memelihara perpaduan dan kestabilan negara di bawah pimpiman Haidar.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China