Cari:
Ulang Tahun Ke-69 Jepun Menyerah Kalah
2014-08-15 14:46:09 CRI Cetak

Pada 15 Ogos 69 tahun yang lalu, berikutan Maharaja Jepun, Hirohito menandatangani "titah mengakhiri perang", Jepun menyerah kalah tanpa syarat. Hari ini menandakan kemenangan bagi perang antifasis di Eropah dan Asia.

Pada hari itu, Asia membuka era baharu dari peperangan menuju ke kedamaian. Jepun mengumumkan menerima Perisytiharan Potsdam. Perisytiharan itu dan Pengumuman Kaherah serta dokumen-dokumen yang lain meletakkan asas bagi order di rantau Asia-Pasifik pasca Perang Dunia ke-2. Dokumen-dokumen tersebut memainkan peranan yang penting bagi kedamaian, pembangunan serta kehidupan rakyat seluruh dunia pasca perang.

Kekejaman yang dilakukan oleh militaris Jepun amat dahsyat, dan hakikat ini jelas dilihat daripada perlakuan mereka terhadap tawanan perang. Kadar kematian di pusat tawanan perang Jepun mencatat kira-kira 30%, iaitu enam kali ganda berbanding pusat tawanan perang Jerman dan Itali. Lebih 35 juta rakyat dan tentera China terkorban dalam perjuangan antipencerobohan Jepun selama lapan tahun. Kesatuan Soviet, Korea, AS, Britain serta negara-negara di Asia Tenggara berjuang bersama-sama dalam peperangan melawan Jepun.

Bekas Canselor Jerman, Richard von Weizsacker berkata, militaris Jepun menyerah kalah tanpa syarat membolehkan rakyat di negara itu menjauhkan diri daripada menderita kesengsaraan perang. Jepun harus menyingkap kembali sejarah dengan ikhlas dan mengelakkan tragedi seumpama itu berulang lagi.

Tetapi pada masa ini, pengaruh sayap kanan di Jepun semakin kuat. Kerajaan Shinzo Abe membawa negara itu ke arah yang semakin berbahaya.

Shinzo Abe menziarahi Yasukuni Jinja, menafikan fakta sejarah seperti pembunuhan secara beramai-ramai di kota Nanjing serta isu hamba seks untuk tentera. Abe bahkan bertindak meremehkan undang-undang antarabangsa secara terbuka.

Selain itu, kerajaan Abe turut membatalkan larangan penggunaan hak pertahanan diri kolektif, meminda perlembagaan damai serta melakukan tindakan provokasi mengenai pertikaian tentang wilayah dengan negara-negara jiran. Langkah-langkah tersebut menjadi amaran kepada Asia malah seluruh dunia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China