Cari:
WHO Nilai Tinggi Bantuan China Hadapi Wabak Ebola
2014-08-16 15:16:16 CRI Cetak

Bantuan kecemasan yang dihulurkan China untuk menghadapi wabak Ebola di Afrika Barat amat penting. Pengalaman yang berharga dari negara berkenaan yang ditimba ketika menangani kesihatan awam seperti SARS dan selesema burung H7N9 sebelum ini berguna bagi menangani Ebola sekarang ini.

Demikian dinyatakan jurucakap Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Gregory Hartl baru-baru ini. Beliau mengucapkan terima kasih kepada China atas barangan perubatan dan pakar kesihatan yang dihantar ke rantau tersebut.

Penolong Ketua Pengarah WHO, Keiji Fukuda berkata, dari SARS ke H7N9, China mencapai kemajuan ketara dalam usaha mengawal selia wabak dan menghantar maklumat. Negara-negara di Afrika Barat dikehendaki membelajari pengalaman China dan memperhebat peruntukan dalam kesihatan awam bagi menghadapi wabak Ebola yang telah disifatkan sebagai insiden kesihatan antarabangsa.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China