Cari:
Ukraine Digesa Jamin Keselamatan Laluan Bantuan Kemanusiaan
2014-08-16 14:38:41 CRI Cetak

Ukraine digesa supaya mengambil langkah bagi menjamin keselamatan laluan semasa bantuan kemanusiaan yang disumbangkan kerajaan Rusia dihulurkan kepada bahagian tenggara negara itu.

Demikian dinyatakan oleh Menteri Pertahanan Rusia, Sergey Shoigu ketika menghubungi rakan sejawatnya dari AS, Chuck Hagel melalui telefon semalam.

Shoigu berkata, tindakan tentera kerajaan Ukraine menggunakan pesawat pejuang, meriam berat dan peluru berpandu terhadap rakyat jelata dan kemudahan awam di bahagian tenggaranya adalah "tidak boleh diterima". Beliau menekankan perihal mustahaknya mengadakan gencatan senjata dan melicinkan laluan yang selamat bagi menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada penduduk di kawasan timur.

Konvoi lori Rusia yang membawa bantuan kemanusiaan berkenaan telah tiba di sempadan Ukraine-Rusia baru-baru ini. Kerajaan Ukraine sudahpun menghantar staf untuk memeriksa barang bantuan itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China