Bagi mewujudkan "Kota Larangan yang Selamat", Muzium Istana Kuno (Kota Larangan) mula mengehadkan jumlah pelawat demi meredakan kesesakan, menjamin keselamatan artifak dan bangunan purba, serta menyediakan perkhidmatan yang lebih bermutu kepada pelawat melalui tiga skim baharu iaitu skim tiket tahunan, skim masuk percuma, dan skim pelancongan satu hari.
Harga tiket tahunan ialah RMB 300 bagi orang dewasa, dan RMB 150 bagi warga emas dan pelajar. Pemegang tiket tahunan dapat melawat Kota Larangan sebanyak 10 kali setahun.
Selain itu, hari Rabu pertama setiap bulan dalam musim luar puncak yang seterusnya telah ditetapkan sebagai hari masuk percuma. Golongan khas yang boleh menikmati dasar keutamaan tersebut adalah guru, doktor dan kakitangan perubatan, sukarelawan, askar, polis, dan mahasiswa-mahasiswi. Jumlah pelawat yang dibenarkan masuk secara percuma dihadkan kepada 10 ribu orang pada setiap hari tersebut.
Muzium ini juga akan melaksanakan satu tindakan ujian, dengan menawarkan tiket separuh harga (RMB30 berbanding RMB60) selepas pukul 2 petang pada 12 hingga 14 September nanti.








