Cari:
Obama Puji Pemusnahan Senjata Kimia Syria
2014-08-19 15:26:35 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Presiden A.S., Barack Obama menyatakan semalam, semua senjata kimia yang diisytiharkan oleh kerajaan Syria telah dimusnahkan dan ini merupakan prestasi penting bagi usaha mengawal senjata pemusnah besar-besaran oleh masyarakat antarabangsa.  

Obama berkata, tindakan pemusnahan itu merupakan langkah penting bagi menjamin Syria bebas daripada senjata kimia, kerana penggunaan senjata kimia tidak dapat diterima oleh masyarakat antarabangsa. 

Obama juga menyatakan terima kasih kepada Denmark, Norway, Jerman, Rusia, China dan negara-negara lain yang menyediakan bantuan bagi tindakan pemusnahan itu.

Beliau turut menggesa kerajaan Syria menunaikan janjinya untuk memusnahkan kemudahan pengeluaran senjata kimia yang lain.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China