Cari:
Tentera Kerajaan Ukraine Kepung Bandar Lugansk
2014-08-19 15:13:45 CRI Cetak

Tentera kerajaan Ukraine melancarkan operasi ketenteraan besar-besaran terhadap bandar Lugansk dan Donetsk semalam. Menurut jurucakap Suruhanjaya Keselamatan dan Pertahanan Negara Ukraine, Andriy Lysenko, tentera kerajaan telah mengepung bandar Lugansk dan menawan beberapa daerah bandar itu. Namun berita ini belum disahkan oleh kumpulan militan tempatan.

Dalam pada itu, Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov menyatakan bahawa peperangan di timur Ukraine telah menjejaskan keselamatan Rusia, pihaknya akan mengambil tindakan pencegahan. Beliau turut menggesa AS memberikan tekanan kepada Kiev bagi menghentikan operasi ketenteraan di timur negara itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China