Cari:
Israel Balas Serangan Roket dari Gaza
2014-08-20 15:17:31 CRI Cetak

Tentera Israel mengeluarkan kenyataan semalam bahawa pihaknya melancarkan dua serangan udara ke Genting Gaza sebagai tindak balas serangan roket oleh kumpulan bersenjata di kawasan tersebut. Serangan udara itu telah mengakibatkan tiga orang terbunuh manakala lebih 40 lagi cedera.

Palestin dan Israel masih belum mencapai persetujuan tentang gencatan senjata berkekalan pada malam 18 Ogos. Konflik yang berlaku antara kedua-dua pihak petang semalam menunjukkan gencatan senjata sementara gagal.

Disebabkan wujud perselisihan besar antara kedua-dua pihak, rundingan gencatan senjata berkekalan sukar dilaksanakan. Petugas delagasi Palestin, Azzam al-Ahmad yang menyertai rundingan damai di Kaherah berkata, Palestin tidak boleh menerima tuntutan Israel yang tidak rasional.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China