Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon mengeluarkan kenyataan semalam menyeru masyarakat antarabangsa supaya membantu Syria menamatkan konflik di negara itu. Seruan itu dibuat sempena ulang tahun serangan senjata kimia di Syria.
Menurut kenyataan itu, sejak serangan senjata kimia berlaku tahun lepas, konflik Syria semakin serius dan mengakibatkan banyak jenayah yang mencabuli hak asasi manusia dan antimanusia. Masyarakat antarabangsa bertanggungjawab untuk bersatu padu dan membantu Syria menamatkan konflik itu.