Cari:
WHO: Wabak Ebola Dipandang Rendah
2014-08-23 14:56:48 CRI Cetak

Pertubuhan Kesehitan Sedunia (WHO) semalam mengeluarkan kenyataan yang menyatakan bahawa seriusnya wabak Ebola yang menular di kawasan barat Afrika dipandang rendah.

Menurut WHO, beberapa keluarga menyembunyikan pesakit atau mengebumikan mayat mangsa yang dijangkiti wabak Ebola. Mereka menafikan mangsa-mangsa itu dijangkiti virus Ebola ekoran kekurangan pengetahuan mengenai tindakan pencegahan dan takut akan diketepikan selepas disahkan dijangkiti wabak berkenaan. Jumlah doktor, jururawat dan pembantu hospital, perkhidmatan dan kemudahan perubatan tidak dapat memenuhi keperluan di sana.

Jurucakap WHO, Fadela Chaib menyatakan pihaknya berdasarkan keadaan negara masing-masing, sedang menggubal peta garisan pencegahan wabak Ebola dalam tempoh enam hingga sembilan bulan akan datang yang bakal dikemukakan minggu depan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China