Cari:
DPRK Kritik Ziarah Politikus Jepun ke Yasukuni Jinja
2014-08-25 11:42:28 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) mengkritik tindakan ahli politik konservatif sayap kanan Jepun menziarahi Yasukuni Jinja yang dibina bagi memperingati penjenayah perang utama dalam Perang Dunia II.

Akhbar Rodong Simun DPRK dalam satu rencana yang diterbitkan semalam berkata, tindakan politikus Jepun itu bertujuan untuk menghasut semua rakyat Jepun menziarahi Yasukuni Jinja dan menyokong fahaman militerisme serta melancarkan pencerobohan terhadap negara luar. Faktor inilah yang menjadi sebab utama politikus sayap kanan Jepun menziarahi Yasukuni Jinja tanpa mempedulikan bantahan dan kritikan masyarakat antarabangsa.

Menurut rencana itu juga, Jepun mesti menyedari perlakuan jenayahnya dan tidak mengulangi sejarah masa lalu, jika mahu diterima oleh masyarakat antarabangsa.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China