Cari:
Palestin, Israel Capai Perjanjian Gencatan Senjata Jangka Panjang
2014-08-27 15:01:44 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Palestin dan Israel semalam mencapai perjanjian gencatan senjata jangka panjang melalui usaha pengantaraan Mesir.

Gencatan senjata itu berkuat kuasa pada pukul 7.00 malam 26 Ogos waktu tempatan. Ramai penduduk Gaza menyambut berakhirnya konflik yang berlarutan selama 50 hari itu dengan pelbagai cara.

Pada hari yang sama, Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon dalam satu kenyataan berkata, beliau mengalu-alukan pencapaian gencatan senjata jangka panjang antara Palestin dan Israel di Genting Gaza. Kenyataan itu menyebut, gencatan senjata yang berkekalan penting demi masa depan lebih cerah Gaza dan Israel. Pihak-pihak terlibat mesti memikul tanggungjawab ini. PBB turut menggesa kedua-dua pihak segera memulihkan rundingan politik.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China