Cari:
EU Bersiap Kena Sekatan Lebih Keras Terhadap Rusia
2014-08-31 15:14:43 CRI Cetak
Pemimpin-pemimpin Kesatuan Eropah (EU) memutuskan untuk memberi masa seminggu kepada Rusia untuk meredakan krisis Ukraine, jika tidak mereka akan mengenakan sekatan yang lebih ketat ke atas negara itu.

Demikian dinyatakan oleh Presiden Majlis Eropah, Herman Van Rompuy dalam sidang media selepas Sidang Kemuncak Khas EU di Brussels pada malam 30 Ogos waktu tempatan.

Menurut Van Rompuy, Majlis Eropah bersiap sedia untuk mengambil tindakan selanjutnya terhadap Rusia mengikut perubahan situasi semasa Ukraine, di samping meminta Suruhanjaya Eropah segera membuat kerja-kerja persiapan dan mengemukakan cadangan berkenaan untuk dipertimbangkan dalam tempoh seminggu.

Beliau berkata, situasi di Ukraine semakin meruncing dalam tiga hari yang lalu. Kini, keutamaan kerja adalah untuk menghentikan pertumpahan darah dan mengelakkan situasi daripada memburuk. Tambah beliau, pakej sekatan ekonomi EU yang dilaksanakan terhadap Rusia pada penghujung Julai lepas sudah membawa "kesan yang ketara" terhadap Rusia.

Dalam pada itu, Presiden Suruhanjaya Eropah, Jose Manuel Durao Barroso berkata, sekatan bukan sasaran, sebaliknya hanya bertujuan untuk membolehkan pemimpin Rusia menyedari perbuatannya tidak boleh diterima. Barroso turut menegaskan, krisis Ukraine tidak boleh diselesaikan melalui saluran ketenteraan. EU mendesak Rusia mengadakan kerjasama yang bersifat membina dengan EU dan Ukraine.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China