Cari:
72 Anggota Pengaman PBB Warga Filipina Diselamatkan
2014-08-31 15:49:47 CRI Cetak

40 lagi anggota pengaman PBB warga Filipina yang terperangkat di Bukit Golan sebelum ini berjaya melarikan diri. Dengan itu, kesemua 72 orang anggota pengaman warga Filipina yang ditahan oleh kumpulan antikerajaan Syria telah diselamatkan. Bagaimanapun, terdapat 44 orang lagi anggota pengaman warga Fiji yang masih ditahan setakat ini.

Pejabat Jurucakap Setiausaha Agung PBB semalam menyatakan bahawa Pasukan Pemerhati Pengunduran PBB (UNDOF) sedang melakukan usaha supaya anggota pengaman warga Fiji itu dibebaskan tanpa syarat.

Pada 28 Ogos lalu, kumpulan bersenjata antikerajaan Syria, Barisan Al-Nusra melancarkan serangan terhadap sebuah pusat anggota pengaman PBB, lalu menahan 44 anggota pengaman warga Feiji yang ditempatkan di sana.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China