Cari:
Titik Tolak Baharu Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan China-ASEAN
2014-09-01 12:00:35 CRI Cetak

China dan ASEAN bersetuju bersama-sama membangunkan Jalan Sutera Maritim Abad ke-21 dan memulakan rundingan penaiktarafan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA). Ini merupakan titik tolak baharu bagi kerjasama ekonomi dan perdagangan antara kedua-dua pihak. Demikian dinyatakan oleh Menteri Perdagangan China, Gao Hucheng setelah menghadiri Mesyuarat Menteri Perdagangan China-ASEAN di Myanmar minggu lalu.

Menurut beliau, cadangan pembangunan Jalan Sutera Maritim Abad ke-21 yang dikemukakan oleh pemimpin China mendapat sokongan menteri-menteri perdagangan pelbagai negara ASEAN. Cadangan China untuk meneroka potensi kerjasama dan bidang ekonomi yang saling melengkapi antara China dengan pelbagai negara di Jalan Sutera Maritim, khususnya negara-negara ASEAN, bertujuan mempererat hubungan perkongsian strategik, memperluas kepentingan bersama dan merangsang pertumbuhan ekonomi. Selain itu, cadangan China untuk menubuhkan Bank Pelaburan Infrastruktur Asia juga disokong oleh ASEAN, malah beberapa negara ASEAN berminat menjadi pengasas bank tersebut.

Gao Hucheng memaklumkan, hasil penting dalam mesyuarat kali ini juga termasuk pelbagai pihak mengesahkan memulakan rundingan penaiktarafan CAFTA. Hubungan ekonomi dan perdagangan China-ASEAN berkembang pesat dalam sepuluh tahun yang lalu dan membawa faedah kepada rakyat kedua-dua pihak. Bagaimanapun, China dan ASEAN berpendapat, perjanjian CAFTA yang ditandatangani pada sepuluh tahun yang lalu tidak lagi bersesuaian dengan hubungan kerjasama yang rapat antara kedua-dua pihak pada masa ini serta potensi perkembangan pada masa depan. Oleh itu, penaiktarafan CAFTA amat diperlukan.

Dimaklumkan, melalui rundingan dan penyelarasan dalam tempoh kira-kira setahun yang lalu, China dan ASEAN telah memastikan rangka dan sasaran rundingan penaiktarafan CAFTA pada masa depan. Tujuan rundingan ini untuk terus meningkatkan kerjasama antara China dengan ASEAN dalam bidang barangan, perkhidmatan, pelaburan, kerjasama teknologi, ekonomi dan peraturan perdagangan, melonggarkan sekatan akses pasaran supaya kedua-dua pihak lebih berkemampuan menghadapi cabaran serantau dan global, serta mewujudkan sasaran perdagangan bilateral USD 1 trilion pada tahun 2020 dengan pelaksanaan strategi Jalan Sutera Maritim.

Gao Hucheng menambah, para peserta juga mencapai persepakatan mengenai wilayah Hong Kong China menandatangani perjanjian perdagangan bebas dengan ASEAN.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China