Cari:
Putin Seru Hentikan Tindakan Ketenteraan di Timur Ukraine
2014-09-01 13:42:10 CRI Cetak

Timbalan Komander Pasukan Payung Terjun Rusia, Alexei Ragozin semalam mengumumkan bahawa askar payung terjun Rusia yang ditahan di kawasan timur Ukraine telah pulang ke tanah air. Alexei Ragozin mengesahkan bahawa Ukraine telah memulangkan kira-kira 10 orang askar payung terjun Rusia yang ditahan ketika mereka merentasi sempadan. Rusia pula memulangkan 63 orang askar Ukraine yang memasuki wilayah Rusia secara haram. Pada hari yang sama, kumpulan pemberontak di kawasan timur Ukraine mengumumkan membebaskan lebih 200 orang askar Ukraine yang ditahan mereka.

Presiden Rusia, Viladimir Putin menyatakan semalam bahawa beliau berharap pihak berkuasa Ukraine menghentikan tindakan ketenteraan dengan segera kerana musim sejuk akan tiba, dan cuaca yang buruk itu akan mengakibatkan malapetaka kemanusiaan yang serius. Tambah beliau, demi meredakan situasi yang tegang di kawasan timur Ukraine, rundingan mengenai isu status kawasan timur Ukraine mesti diadakan. Menurut beliau, tujuan rundingan itu adalah untuk memelihara hak dan kepentingan yang sah rakyat di kawasan tenggara Ukraine tanpa sebarang syarat tambahan. Beliau juga menyeru masyarakat antarabangsa menyediakan barangan keperluan musim sejuk kepada rakyat di kawasan timur Ukraine.

Pada hari yang sama, Putin menyatakan bahawa Rusia sedang mengadakan rundingan dengan Brazil, Argendina, Chile dan China untuk mencari pengeksport barang dagangan lain untuk menghadapi sekatan AS dan Eropah. Beliau turut memberi amaran bahawa sekiranya produk negara lain memasuki pasaran Rusia dan mempunyai kedudukan yang kukuh, produk dari Eropah dan AS akan menghadapi kesukaran jika hendak memasuki semula pasaran Rusia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China